Sunday, May 27, 2012

WEEK 5


Sebelum kumpulan kami memulakan tugas2 utk menyediakan bahan-bahan utk perisian kami dlm Minggu ke-5 ini 
 Dr.J ade menunjukkan beberape contoh2 multimedia courseware dr Flash daripada tahun-tahun terdahulu dan meminta kami memberikan maklum balas tentang perisian-perisian tersebut...

Setelah itu kami diminta utk membentangkan secara ringkas tentang bahan-bahan dan juga isi kandungan mengenai perisian yg akan kami bina...huhuhu....

Secara ringkasnya...kami masih pening-pening lalat lagi dlm penyediaan courseware ini....kekekek

Apakah itu Basic Design...?



Ini adalah suatu proses reka bentuk pengajaran yang merupakan satu pendekatan sistem dalam pembangunan program-program latihan dan pendidikan yang disasarkan untuk memenuhi keperluan pelajar. Model ADDIE adalah suatu sistem reka bentuk pengajaran (ISD) yang berfungsi sebagai asas bagi model ISD yg banyak digunakan pada hari ini. Dengan perkataan "ADDIE" mewakili setiap fasa proses ISD: Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian.

Model reka bentuk ini adalah satu versi model ISD yang telah dibangunkan untuk pendidikan dan latihan.Ianya merupakan salah satu model yang paling biasa digunakan dan kerana ia menyediakan banyak fleksibiliti.






Model ADDIE termasuk lima fasa utama:

    Analisis: matlamat dan skop Keseluruhan.
    Reka bentuk: ciri-ciri pengguna, objektif khusus, strategi pembelajaran & media
    Pembangunan: Pengeluaran pengajaran
    Pelaksanaan: Menjalankan kursus
    Penilaian: Menilai kejayaan dan mengumpul data









No comments:

Post a Comment